Tuesday 30 July 2013

Urutan Untuk Kurus

hey  assalamualaikum :))

pada harini, aku hanya sekadar berkongsi tips :)

Untuk anda yg ingin mencuba melakukan urutan pada tubuh bagi memperoleh bentuk badan yang langsing, anda boleh mencuba langkah-langkah urutan ini.


1. Mulakan urutan dari belakang tengkuk menurun ke bahagian bahu. urut dengan menggunakan teknik mencakar (cakar harimau)

2. Kemudian, urut bermula dari atas bahu tarik terus ke tengkuk hingga ke tengah-tengah tengkuk (halkum).

3. Selepas itu, mulakan daripada bahagian tepi dada, tarik terus ke ketiak. setiap langkah diulangi sebanyak 7 kali.

4. Kemudian, urutan untuk pinggang. lakukan urutan dari bawah ke atas iaitu pinggang ke tulang rusuk.

5. Untuk bahagian paha, boleh dilakukan dengan bermula daripada bahagian dalam kaki/paha. urut secara menaik hingga pangkal perut.

6. Pada bahagian perut, urut dari atas ke pusat, tepi ke pusat dan bawah ke pusat.

7. Begitu juga dengan bahagian tepi paha, urut dari bawah ke atas.

p/s: selamat beramal :DD

No comments:

Post a Comment