sebenarnya kadang2 aku x tahu tindakan aku update satu keputusan yang baik atau tidak. aku x tahu nak share dgn sape lg. kita asyik pikir, jaga hati org tapi kadang2 hati kita tolak tepi. kita tolong jauh2. memang kalo kita marah kita boleh nak bezakan yang okay yang mana x. sama mcm aku. aku hanya insan yang lemah. aku perlukan seseorang yang mampu bimbing aku, didik aku ke jalan yang benar.
kotak hati aku selalu menangis fikir benda2 yang lepas. aku x tahu kenapa hati ni selalu terguris tapi air mata x pernah tumpah melainkan kalo ia dah mcm empangan yang hampir pecah. sejak aku masuk poli, aku cuba jd kuat. aku pernah dapat tawaran SPA tp sayang aku x layak. so pagi tu pas aku check result, aku menangis sambil call mak abah cakap aku x dpt SPA. sedih weyh. aku berharap sangat aku dpt tp x dpt. xde rezeki la tu. org pertama yg tengok aku nanges adalah atun. atun ada dalam bilik sekali dgn aku. dia ckp "sabar ika, maybe hg xdak rezeki, rezeki hang kan sini mungkin dah2 tamau nanges." teresak-esak aku nanges dahlah dengan besok final tp alhamdulillah aku boleh atasi semua tu. aku x tahu kalo x dak atun kat situ, agaknya dah bunuh diri gamaknya sebab xpdt SPA.
kadang2 kita tak pernah sedar bahawa kita selalu mengguris perasaan seseorg kan. tp tiada sorg pun yang tak pernah lepas melakukan kesalahan. aku tahu salah aku kat hang besar sangat tp iyelakan darah remaja. mana pikirkan semua tu. aku kan jenis pentingkan diri sendiri, manja pulak tu. hmmm ntahlah. bila aku terpikir balik kenapa hubungan persahabatan aku jadi mcm ni. maybe aku jenis mudah lupakan kawan agaknya. kalo betul la kenapa x tegur aku, kenapa biarkan aku lalai? kenapa kenapa? hang dah x sygkan persahabatan kita eh? sumpah aku ckp yang aku masih sayangkan persahabatan kita nie. aku mengaku kesilapan dulu kesalahan aku tapi please bagi aku peluang kedua. everybody deserve for the second chance right?
hang tahu x hang ajar aku untuk nanges bawah pancuran air pecut sbb nanti x de org dengar kita nanges. aku buat tu bila aku nanges. hati aku, perasaan aku, semua pasal aku, aku tolak tepi. org ckp aku dah berubah yang lembut kepada kasar. aku jadi mcm tu sbb x nak org pijak kepala aku lagi. agaknya aku ni dilahirkan utk jadi customer service agaknya. tapi aku sikit pun x kesah sbb aku sayang kawan2 aku.
menitis air mata update blog ni. tapi tiq awak kena kuat okay jangan lemah. tiq kena terima hakikat bahawa tiq harus terima takdir yang telah ditetapkan olehNya. tiq jaga diri sebaik yang mungkin sebab satu hari ALLAH akan beri ganjaran yang bermakna kepada tiq. (pesan pada diri sebenarnya). YA ALLAH, sekiranya dia untukku, tunjukkanlah kepadaku. jika bukan, ENGKAU jauhkanlah dirinya daripada diriku. sesungguhnya, aku x sanggup merasa kehilangan.
kotak hati 1 :'(
No comments:
Post a Comment